Tuesday, September 29, 2009

Kemana Selepas SPM

Assalamualaikum..
Selamat sejahtera kepada semua pelajar diseluruh Malaysia yang sudah dan bakal menduduki peperiksaan penting. Resah gelisah bukan sahaja dirasai oleh pelajar tetapi juga amat dirasai oleh kedua ibubapa atau penjaga yang telah banyak berkorban dan mengharapkan pulangan berbentuk kecemerlangan daripada anak-anak mereka. Keresahan akan menjadi berganda kepada pelajar dan ibubapa bila memikirkan di manakah halatuju selepas ini. Lebih -lebih lagi apabila ibubapa atau pelajar itu sendiri sedar tahap keupayaan sebenar mereka. Dalam membina kejayaan bukan sahaja bergantung sepenuhnya kepada akademik tetapi bergantung kepada bagaimana kita mengambil peluang untuk terus berjaya. Jadi ibubapa atau pelajar mesti pandai mengurus peluang yang ada bersesuaian dengan kelayakan. Jangan main hentam asal boleh aje.. .Disarankan kepada pelajar supaya ambil tahu di mana dan kursus apa yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat mereka. Antara peluang-peluang yang boleh dimohon oleh pelajar lepasan SPM ialah :
1. Matrikulasi KPM (permohonan secara on line sebelum peperiksaan percubaan)
2. IPTA (Permohonan secara on line -Asasi/Diploma)
3. Maktab Perguruan (Permohonan secara on line -Ijazah)
4.Politeknik (Diploma)
5. Tingkatan 6
6. Kemahiran -IKM/IKBN/ILP/Kolej Komuniti (Sijil/Diploma)
7. SPA 8- (Belajar spara perubatan atau terus bekerja berdasarkan kelulusan)
8. Universiti atau kolej swasta.Untuk makluman banyak bantuan disalurkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di universiti awam dan swasta.
9. Memohon jawatan seperti polis, tentera.
"Jangan Sia-Siakan Peluang Yang Ada"